WELCOME TO MY BLOG RELAX AND LEARN

Saturday, August 29, 2015

PANGKALAN DATA DAN APLIKASI WEB

 
 
Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi Web merupakan salah satu kursus yang ditawarkan di Kolej Vokasional Kuala Selangor. Para pelajar diajar cara - cara menguruskan sistem pangkalan data dan cara membina aplikasi . Ini adalah sedikit perkongsian ilmu apa yang telah saya pelajari selama saya berada di  bidang ini.



DEFINISI INPUT MASK


Input mask (topeng masukkan) adalah format awalan masukkan data sebagai panduan kepada pengisi data. Ini adalah penting untuk menjamin keseragaman data di dalam pangkalan data.



CARA MEMASUKKAN INPUT MASK 

1. Klik pada tab "Fields"  dan klik pada "view" dan klik pada "Design View  seperti dibawah :
 


 

2. Klik pada nama medan (contoh medan no K/P dalam jadual pelajar seperti di bawah). Input mask berada di field properties.



3. Klik pada input mask dan setkan format 000000-00-0000 pada ‘Input Mask Wizard’ dialog box. Kemudian,pilih ‘Social Security Number’ dan klik next. Tukar input mask kepada 000000-00-0000.




4. Paparan pada jadual akan menjadi seperti
 
 

 

JENIS DATA

 
 
Bagi menukar jenis data,klik text sebaris dengan bayaran.klik anak panah ke bawah bagi memilih jenis data yang dipaparkan.


 
klik pada jenis data yang sesuai pada medan atau fields yang sesuai ...


JENIS - JENIS DATA (DATA TYPES)


1. Text

      Nilai abjad seperti nama, kelas, alamat dan sebagainya

2. Memo 

      Teks yang panjang yang menggunakan format.

3.Number 

      Bentuk angka seperti jarak , panjang dan sebagainya. ( berbeza dengan currency)

4. Date/Time

       untuk tarikh dan masa

5. Currency 

       untuk nilai mata wang seperti Ringgit Malaysia (RM), Dollar,Rupiah dan sebagainya.

6. AutoNumber

       Nombor yang automatik ada bagi setiap rekod 

7. Yes/No

        Nilai bertindan

8. OLE Object

        OLE Objek seperti Microsoft Word,Microsoft Excel dan sebagainya

9. Hyperlink

        seperti alamat email.

10. Attachment

        Fail seperti fot digital.Pelbagai fail boleh dilampirkan. 
 
 

VALIDATION RULE


Menghadkan dan mengawal data yang dimasukkan oleh pengguna pangkalan data seperti had umur, tarikh, nombor kad pengenalan, dan sebagainya.


CARA - CARA MEMBUAT VALIDATION RULE 

 1. Klik pada medan yuran PIBG di " Design View ".

     2. Isikan validation rule pada General di field properties. <=250
 
 
 
 

VALIDATION TEXT


     Adalah pemberitahuan jika terdapat kesalahan dalam memasukkan data.

    CARA - CARA MEMBUAT VALIDATION TEXT
 
 1. Klik pada medan yuran PIBG di "Design View"

       2. Isikan validation text yang terdapat pada General di field properties (yuran PIBG mestilah kurang atau sama dengan 250)

 
 

APA ITU MEDAN (FIELD)??


Medan ialah suatu attribut dari record yang menunjukkan suatu item dari data, seperti misalnya nama, alamat dan lain sebagainya. Contohnya seperti di kotak yang berwarna kuning.



CARA - CARA MEMBUAT MEDAN


1. Anda haruslah membina pangkalan data di MICROSOFT ACCESS seperti dibawah

 
 
2. Taip nama fail pada kotak yang disediakan seperti AMIRAH 2015.
3. Tekan pada gambar di sebelahnya untuk menyimpan sesebuah fail.
4. Tekan ‘create’ untuk menghasilkan pangkalan data.
5. Buka pangkalan data yang telah anda buat seperti di Rajah 1.
6. Kemudian, klik pada tab "create" dan klik pada "table" untuk membuat jadual seperti :
 
 
7. Namakan table pada ‘save as’ dialog box dan tekan ok
 
 
 
8.Tekan pada ‘Click to Add’ untuk menambah medan. Namakan medan dan setkan jenis data bagi medan nama dan medan no K/P  dengan "text" .
 

 

Thursday, August 20, 2015

PENGENALAN



Saya merupakan pelajar tahun 1 di Kolej Vokasional Kuala Selangor dari kursus 'Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi Web'. Kolej ini telah menawarkan 6 jenis kursus iaitu kursus Pemasaran, Perbankkan, Multimedia Kreatif (animasi), Pangkalan Data, Seni Kulinari dan 'Bakery and Pastry'. Di sini  juga para pelajar akan mempelajari subjek akademik seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Islam, Matematik dan Sains. Pembelajaran di Kolej Vokasional ini mengikut system semester iaitu 1 tahun mempunyai 2 semester. Para pelajar akan belajar selama 4 tahun iaitu 2 tahun untuk pradiploma manakala 2 tahun lagi untuk diploma. Mereka juga mempunyai semester pendek.