button
Wednesday, September 30, 2015
PERBANKAN
Etika bank
Definisi etika
a) Etika bermaksud perinsip2 dan peraturan moral yang dapat
diterima umum sebagai cara untuk mengawal seseorg individu supaya berkelakuan
baik. Faktor2 yang mempengaruhi etika seseorang individu ialah pengaruh
keluarga,pengaruh rakan sebaya,pengalaman seseorang,nilai moral diri seseorang individu
dan faktor2 situasi.
Objektif etika
a) Menjaga kerahsiaan maklumat kewangan bank dan pelanggan dalam
dunia perbankan.
b)mmberi maklumat yg tpat sekiranya diminta oleh pihak
tertentu.
c)Memastikan tidak berlaku penyalahgunaan kuasa atau harta
atau kemudahan institusi kewangan untuk kepentingan peribadi.
Monday, September 28, 2015
ANIMASI
Pengenalan kepada garisan :
> Lukisan merupakan proses awal sebelum sesuatu hasil seni yang lebih rumit. Contoh hasil lebih rumit : animasi, komik, catan, reka bentuk dan lain-lain.
> Biasanya lukisan dimulakan dengan lakaran. Lakaran itu merupakan lukisan ringkas yang terdiri daripada garisan, lorekan, dan titik-titik dan jenis-jenis garisan lain. Lakaran adalah proses awal untuk mendapatkan gambaran dan posisi yang sesuai sebelum lukisan yang lebih cantik, kemas dan tersusun dapat dihasilkan.
Contoh-contoh garisan
- Garisan terputus
- Garisan bertitik
- Garisan berduri
- Garisan bergerigi
- Garisan berpenjuru
- Garisan berulang
- Garisan menegak
- Garisan beralun
- Garisan berpancar
- Garisan bersudut
- Garisan berlingkar
- Garisan zig-zag
Fungsi Garisan
- Garisan menimbulkan rupa
- Garisan menimbulkan bentuk
- Garisan menimbulkan ilusi cahaya dan baying
- Garisan mewujudkan ruang
- Garisan menghasilkan jalinan
- Garisan menghasilkan motif pada reka corak
- Garisan mewujudkan ton
- Garisan menghasilkan pelbagai asas corak garisan grid
Peralatan melukis :
1. Medium dominan ialah medium kering seperti pensel dan arang untuk mendapatkan kesan rupa dan bentuk ilusi pada sesuatu permukaan.
2. Penggunaan medium basah seperti warna air juga boleh digunakan tetapi penggunaannya adalah secara terhad dan minimum.
3. Lukisan juga boleh dihasilkan melalui campuran medium kering dan medium basah. Contohnya, warna pensel dan warna air.
a) Pensel/Pen Teknikal
- Pensel digunakan untuk membuat lakaran kasar atau sketsa.
- Pensel juga digunakan untuk melukis hitam putih.
- Gred-gred pensel :-
2B=untuk ton sederhana
4B=untuk ton gelap
6B=untuk baying ton gelap
b) Pemadam
> Pemadam getah yang baik untuk memadam lukisan yang tersilap dilukis untuk membuat ton cerah ataupun membuat kesan putih dalam lukisan pensel.
Contohnya :-
A. Click eraser
B. Electric eraser
C. Another click eraser
D. Kneadable eraser-new pack and glob
E. BluTack-both strip and glop
c) Set Geometri
> Untuk lukisan poster atau membuat gubahan bercorak grafik
d) Kertas
> Jenis-jenis kertas :-
1. Kertas Katrij (Cartridge Paper)
- Sebagai kertas persembahan
- Untuk lakaran
- Sesuai untuk lakaran awal/cadangan
- Sesuai untuk persembahan akhir
- Sesuai untuk lukisan kerja
- Sesuai untuk persembahan akhir
TEKNIK MELUKIS
Hatching
- melukis guna garisan selari
- siri garisan yang selari
- siri lain pada arah berlainan/berbagai arah
- akan menghasilkan lukisan yang mempunyai perubahan tona & warna yang lembut, bukan sapuan yang jelas kelihatan. -satukan warna guna jari/kertas gulung
- teknik mengikis satu warna menggunakan objek keras seperti pallete knife untuk mendedahkan warna di bawahnya. Teknik ini sangat sesuai dengan penggunaan oil pastel yang mana sesuatu lukisan akan dilukis dengan warna bertindan-tindan & berkeadaan lembab untuk dikikis dengan objek tajam.
- lanjutan daripada kaedah Blending. Tanda pensel/pastel ditekan ke dalam kertas & menghasilkan kesan yang pantul/berkilat. Selalunya digunakan pada peringkat akhir. Pemadam juga boleh diguna.
- teknik ini juga dikenali sebagai teknik gosokkan.
- kertas diletakkan di atas permukaan yang berjalinan sentuh yang rata dan digosokkan dengan pensel untuk mendapatkan jalinan objek tersebut.
- menggunakan tompokan dakwat yang terjadi secara spontan, kemudian tompokan itu diolah menjadi sesuatu lukisan dengan tambahan unsur garisan/gubahan
- papan putih yang disapu dengan dakwat hitam yang membolehkan papan itu dilukis dengan alatan tajam.
Friday, September 11, 2015
SENI KULINARI
Video 106 Cara memotong bawang putih
How to Pronounce Pâtissier
How to Pronounce Entremetier
The Culinary Art of Garde Manger
Monday, September 7, 2015
BAKERY AND PASTRY
Roti
Sandwich
Sandwich adalah makanan
yang dibuat daripada pelbagai jenis roti yang dihiris (merupakan belahan Nipis)
daN isi dengan pelbagai ini. Pada umumnya sandwich disajikan sebagai hidangan
selingan (snack) untuk orang-orang yang tidak mempunyai waktu makan yang cukup
seperti orang berkerjaya, melancong (semasa perjalanan) dan sebagainya. Inti sandwich
boleh terdiri daripada kepingan daging, telur, ayam dan keju dan diletakkan
bersama dengan jeruk, tomato, salad, timun atau mayonis.
RESEPI KEK BATIK
* Sediakan Loyang yg dialas plastik bersih(tujuannya supaya kek tidak melekat dan senang diangkat dr loyang tanpa mencacatkannya)
* Cairkan butter dalam kuali atas api yang kecil sekali...
* Setelah cair masukkan susu,milo sedikit demi sedikit gaul sehingga milonya hancur
* Seterusnya masukkan serbuk koko.... gaul tanpa henti sehingga halus dan xberketul lg....
* Setelah pekat,boleh lah mula menyusun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan l
* Susun lagi biskut marie dan lapiskan dengan adunan coklat.
*Ulangi langkah 4 dan 5 sehingga adunan habis
* Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.... potong dan siap untuk dihidangkan...
* Sediakan Loyang yg dialas plastik bersih(tujuannya supaya kek tidak melekat dan senang diangkat dr loyang tanpa mencacatkannya)
* Cairkan butter dalam kuali atas api yang kecil sekali...
* Setelah cair masukkan susu,milo sedikit demi sedikit gaul sehingga milonya hancur
* Seterusnya masukkan serbuk koko.... gaul tanpa henti sehingga halus dan xberketul lg....
* Setelah pekat,boleh lah mula menyusun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan l
* Susun lagi biskut marie dan lapiskan dengan adunan coklat.
*Ulangi langkah 4 dan 5 sehingga adunan habis
* Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.... potong dan siap untuk dihidangkan...
CARA MEMBUAT PUDING ROTI
PEMASARAN
DEFINISI PEMASARAN
> Pemasaran merupakan satu
proses sosial dan pengurusan di mana individu atau kumpulan memenuhi keperluan
dan kehendak mereka melalui penghasilan dan penukaran produk atau nilai di
kalangan mereka.
Sistem pemasaran
Sistem Pemasaran
mengandungi empat peringkat aktiviti. Setiap peringkat aktiviti mempengaruhi
peringkat yang lain. Setiap peringkat aktiviti juga menambah nilai kepada
sistem pemasaran.
1) Pembekal- Peringkat ini membolehkan input digunakan untuk pengeluaran barangan dan perkhidmatan.
- Setiap syarikat menambah nilai kepada bekalan input untuk membentuk produk(barangan,perkhidmatan atau kedua-duanya) untuk ditawarkan kepada pelbagai pasaran.
- Pada peringkat ini,syarikat dapat memastikan produk/output mereka boleh sampai kepada pengguna dengan lebih berkesan berbanding jika dilakukan oleh pengeluar sendiri. Orang tengah mengedarkan barangan dengan lebih berkesan walaupun ke kawasan pedalaman.
- Pada peringkat ini, output syarikat (produk) akan dibeli oleh pengguna. Pengguna merupakan focus utama dalam pemasaran.
Elemen-elemen pada pemasaran
1) Keperluan
* Asas kepada kehidupan manusia dan meliputi keperluan fizikal.
2) Kehendak
* Keperluan manusia yang dibentuk oleh budaya sekeliling serta personaliti individu.
3) Permintaan
*Berkehendakan kepada pelbagai jenis produk yang ditawarkan di pasaran.
4) Produk
*Apa sahaja yang ditawarkan kepada pengguna untuk perhatian, milikan atau kegunaan yang akan memenuhi sesuatu keperluan atau kehendak.
5) Nilai, kepuasan & kualiti
* Konsep nilai – persepsi seseorang pengguna terhadap sesuatu produk atau servis yang ditawarkan.
* Kepuasan pelanggan – keupayaan sesuatu produk untuk mencapai jangkaan yang diharapkan oleh pengguna terhadap sesuatu produk atau servis.
* Konsep kualiti – kualiti mempunyai kesan langsung ke atas prestasi produk akan seterusnya ke atas kepuasan pelanggan.
6) Pertukaran
* Pertukaran nilai antara dua belah pihak.
7) Urusniaga
* Tindakan dalam mendapatkan sesuatu yang dikehendaki dari satu pihak dengan menawarkan sesuatu yang lain sebagai balasan.
8) Perhubungan
* Mewujudkan urusniaga jangka pendek dan membina perhubungan dengan pelanggan.
Falsafah Pegurusan Pemasaran
1) Pendekatan
pengeluaran
* Mempunyai kecenderungan untuk memilih
keluaran-keluaran yang tersedia dan berharga murah.
2) Pendekatan
produk
* Pengguna lebih gemar kepada keluaran-keluaran yang
berkualiti tinggi, mempunyai banyak ciri rupa dan berprestasi tinggi.
3) Pendekatan
jualan
* Pengguna tidak akan membeli jumlah keluaran yang
mencukupi jika organisasi tidak menyalurkan usaha untuk menjual dan
mempromosikan.
4) Pendekatan
pemasaran (moden)
* Pencapaian matlamat sesebuah organisasi bergantung
kepada penentuan keperluan dan kehendak pasaran sasaran dan penyampaian kepuasan
tersebut dengan lebih cekap dan berkesan daripada saingan.
5) Pendekatan
pemasaran kemasyarakatan
* Konsep ini memerlukan pemasar untuk mengambil berat tentang hal-ehwal dan kebajikan pengguna dan masyarakat.
* Konsep ini memerlukan pemasar untuk mengambil berat tentang hal-ehwal dan kebajikan pengguna dan masyarakat.
Saturday, August 29, 2015
PANGKALAN DATA DAN APLIKASI WEB
DEFINISI
INPUT MASK
Input mask (topeng masukkan) adalah format awalan masukkan data sebagai panduan kepada pengisi data. Ini adalah penting untuk menjamin keseragaman data di dalam pangkalan data.
CARA
MEMASUKKAN INPUT MASK
1. Klik pada tab "Fields" dan klik pada
"view" dan klik pada "Design View seperti
dibawah :
2. Klik pada nama medan (contoh medan no K/P dalam
jadual pelajar seperti di bawah). Input mask berada di field
properties.
3. Klik pada input mask dan setkan format
000000-00-0000 pada ‘Input Mask Wizard’ dialog box.
Kemudian,pilih ‘Social Security Number’ dan klik next. Tukar
input mask kepada 000000-00-0000.
4. Paparan pada jadual akan menjadi seperti
JENIS DATA
Bagi menukar jenis data,klik text sebaris dengan bayaran.klik anak panah ke bawah bagi memilih jenis data yang dipaparkan.
klik pada jenis data yang sesuai pada medan atau fields yang sesuai ...
JENIS - JENIS DATA (DATA TYPES)
1. Text
Nilai abjad seperti nama, kelas, alamat dan sebagainya
2. Memo
Teks yang panjang yang menggunakan format.
3.Number
Bentuk angka seperti jarak , panjang dan sebagainya. ( berbeza dengan currency)
4. Date/Time
untuk tarikh dan masa
5. Currency
untuk nilai mata wang seperti Ringgit Malaysia (RM), Dollar,Rupiah dan sebagainya.
6. AutoNumber
Nombor yang automatik ada bagi setiap rekod
7. Yes/No
Nilai bertindan
8. OLE Object
OLE Objek seperti Microsoft Word,Microsoft Excel dan sebagainya
9. Hyperlink
seperti alamat email.
10. Attachment
Fail seperti fot digital.Pelbagai fail boleh dilampirkan.
VALIDATION RULE
Menghadkan dan mengawal data yang dimasukkan oleh pengguna pangkalan data seperti had umur, tarikh, nombor kad pengenalan, dan sebagainya.
CARA - CARA MEMBUAT VALIDATION RULE
1. Klik pada medan yuran PIBG di " Design View ".
2. Isikan validation rule pada General di field properties. <=250
VALIDATION TEXT
Adalah pemberitahuan jika terdapat kesalahan dalam memasukkan data.
CARA - CARA MEMBUAT VALIDATION TEXT
1. Klik pada medan yuran PIBG di "Design View"
2. Isikan validation text yang terdapat pada General di field properties (yuran PIBG mestilah kurang atau sama dengan 250)
APA ITU MEDAN (FIELD)??
Medan ialah suatu attribut dari record yang menunjukkan suatu item dari data, seperti misalnya nama, alamat dan lain sebagainya. Contohnya seperti di kotak yang berwarna kuning.
CARA - CARA MEMBUAT MEDAN
1. Anda haruslah membina pangkalan data di MICROSOFT ACCESS seperti dibawah
2. Taip nama fail pada kotak yang disediakan seperti AMIRAH 2015.
3. Tekan pada gambar di sebelahnya untuk menyimpan sesebuah fail.
4. Tekan ‘create’ untuk menghasilkan pangkalan data.
5. Buka pangkalan data yang telah anda buat seperti di Rajah 1.
6. Kemudian, klik pada tab "create" dan klik pada "table" untuk membuat jadual seperti :
7. Namakan table pada ‘save as’ dialog box dan tekan ok
8.Tekan pada ‘Click to Add’ untuk menambah medan. Namakan medan dan setkan jenis data bagi medan nama dan medan no K/P dengan "text" .
Thursday, August 20, 2015
PENGENALAN
Saya merupakan pelajar tahun 1 di Kolej Vokasional Kuala Selangor dari kursus 'Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi Web'. Kolej ini telah menawarkan 6 jenis kursus iaitu kursus Pemasaran, Perbankkan, Multimedia Kreatif (animasi), Pangkalan Data, Seni Kulinari dan 'Bakery and Pastry'. Di sini juga para pelajar akan mempelajari subjek akademik seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Islam, Matematik dan Sains. Pembelajaran di Kolej Vokasional ini mengikut system semester iaitu 1 tahun mempunyai 2 semester. Para pelajar akan belajar selama 4 tahun iaitu 2 tahun untuk pradiploma manakala 2 tahun lagi untuk diploma. Mereka juga mempunyai semester pendek.
Subscribe to:
Posts (Atom)