Pengenalan kepada garisan :
> Lukisan merupakan proses awal sebelum sesuatu hasil seni yang lebih rumit. Contoh hasil lebih rumit : animasi, komik, catan, reka bentuk dan lain-lain.
> Biasanya lukisan dimulakan dengan lakaran. Lakaran itu merupakan lukisan ringkas yang terdiri daripada garisan, lorekan, dan titik-titik dan jenis-jenis garisan lain. Lakaran adalah proses awal untuk mendapatkan gambaran dan posisi yang sesuai sebelum lukisan yang lebih cantik, kemas dan tersusun dapat dihasilkan.
Contoh-contoh garisan
- Garisan terputus
- Garisan bertitik
- Garisan berduri
- Garisan bergerigi
- Garisan berpenjuru
- Garisan berulang
- Garisan menegak
- Garisan beralun
- Garisan berpancar
- Garisan bersudut
- Garisan berlingkar
- Garisan zig-zag
Fungsi Garisan
- Garisan menimbulkan rupa
- Garisan menimbulkan bentuk
- Garisan menimbulkan ilusi cahaya dan baying
- Garisan mewujudkan ruang
- Garisan menghasilkan jalinan
- Garisan menghasilkan motif pada reka corak
- Garisan mewujudkan ton
- Garisan menghasilkan pelbagai asas corak garisan grid
Peralatan melukis :
1. Medium dominan ialah medium kering seperti pensel dan arang untuk mendapatkan kesan rupa dan bentuk ilusi pada sesuatu permukaan.
2. Penggunaan medium basah seperti warna air juga boleh digunakan tetapi penggunaannya adalah secara terhad dan minimum.
3. Lukisan juga boleh dihasilkan melalui campuran medium kering dan medium basah. Contohnya, warna pensel dan warna air.
a) Pensel/Pen Teknikal
- Pensel digunakan untuk membuat lakaran kasar atau sketsa.
- Pensel juga digunakan untuk melukis hitam putih.
- Gred-gred pensel :-
2B=untuk ton sederhana
4B=untuk ton gelap
6B=untuk baying ton gelap
b) Pemadam
> Pemadam getah yang baik untuk memadam lukisan yang tersilap dilukis untuk membuat ton cerah ataupun membuat kesan putih dalam lukisan pensel.
Contohnya :-
A. Click eraser
B. Electric eraser
C. Another click eraser
D. Kneadable eraser-new pack and glob
E. BluTack-both strip and glop
c) Set Geometri
> Untuk lukisan poster atau membuat gubahan bercorak grafik
d) Kertas
> Jenis-jenis kertas :-
1. Kertas Katrij (Cartridge Paper)
- Sebagai kertas persembahan
- Untuk lakaran
- Sesuai untuk lakaran awal/cadangan
- Sesuai untuk persembahan akhir
- Sesuai untuk lukisan kerja
- Sesuai untuk persembahan akhir
TEKNIK MELUKIS
Hatching
- melukis guna garisan selari
- siri garisan yang selari
- siri lain pada arah berlainan/berbagai arah
- akan menghasilkan lukisan yang mempunyai perubahan tona & warna yang lembut, bukan sapuan yang jelas kelihatan. -satukan warna guna jari/kertas gulung
- teknik mengikis satu warna menggunakan objek keras seperti pallete knife untuk mendedahkan warna di bawahnya. Teknik ini sangat sesuai dengan penggunaan oil pastel yang mana sesuatu lukisan akan dilukis dengan warna bertindan-tindan & berkeadaan lembab untuk dikikis dengan objek tajam.
- lanjutan daripada kaedah Blending. Tanda pensel/pastel ditekan ke dalam kertas & menghasilkan kesan yang pantul/berkilat. Selalunya digunakan pada peringkat akhir. Pemadam juga boleh diguna.
- teknik ini juga dikenali sebagai teknik gosokkan.
- kertas diletakkan di atas permukaan yang berjalinan sentuh yang rata dan digosokkan dengan pensel untuk mendapatkan jalinan objek tersebut.
- menggunakan tompokan dakwat yang terjadi secara spontan, kemudian tompokan itu diolah menjadi sesuatu lukisan dengan tambahan unsur garisan/gubahan
- papan putih yang disapu dengan dakwat hitam yang membolehkan papan itu dilukis dengan alatan tajam.
No comments:
Post a Comment