WELCOME TO MY BLOG RELAX AND LEARN

Monday, September 7, 2015

PEMASARAN



DEFINISI PEMASARAN


> Pemasaran merupakan satu proses sosial dan pengurusan di mana individu atau kumpulan memenuhi keperluan dan kehendak mereka melalui penghasilan dan penukaran produk atau nilai di kalangan mereka.

Sistem pemasaran
Sistem Pemasaran mengandungi empat peringkat aktiviti. Setiap peringkat aktiviti mempengaruhi peringkat yang lain. Setiap peringkat aktiviti juga menambah nilai kepada sistem pemasaran.
1) Pembekal
  • Peringkat ini membolehkan input digunakan untuk pengeluaran barangan dan perkhidmatan.
2) Syarikat dan pesaing-pesaing
  • Setiap syarikat menambah nilai kepada bekalan input untuk membentuk produk(barangan,perkhidmatan atau kedua-duanya) untuk ditawarkan kepada pelbagai pasaran.
3) Perantaraan pemasaran(orang tengah)
  • Pada peringkat ini,syarikat dapat memastikan produk/output mereka boleh sampai kepada pengguna dengan lebih berkesan berbanding jika dilakukan oleh pengeluar sendiri. Orang tengah mengedarkan barangan dengan lebih berkesan walaupun ke kawasan pedalaman.
4) Pasaran consumer
  • Pada peringkat ini, output syarikat (produk) akan dibeli oleh pengguna. Pengguna merupakan focus utama dalam pemasaran.

Elemen-elemen pada pemasaran


1) Keperluan

* Asas kepada kehidupan manusia dan meliputi keperluan fizikal.
2) Kehendak

* Keperluan manusia yang dibentuk oleh budaya sekeliling serta personaliti individu.
3) Permintaan
*Berkehendakan kepada pelbagai jenis produk yang ditawarkan di pasaran.



4) Produk

*Apa sahaja yang ditawarkan kepada pengguna untuk perhatian, milikan atau kegunaan yang akan memenuhi sesuatu keperluan atau kehendak.

5) Nilai, kepuasan & kualiti

* Konsep nilai – persepsi seseorang pengguna terhadap sesuatu produk atau servis yang ditawarkan.
* Kepuasan pelanggan – keupayaan sesuatu produk untuk mencapai jangkaan yang diharapkan oleh pengguna terhadap sesuatu produk atau servis.
* Konsep kualiti – kualiti mempunyai kesan langsung ke atas prestasi produk akan seterusnya ke atas kepuasan pelanggan.

6) Pertukaran
* Pertukaran nilai antara dua belah pihak.

7) Urusniaga

* Tindakan dalam mendapatkan sesuatu yang dikehendaki dari satu pihak dengan menawarkan sesuatu yang lain sebagai balasan.

8) Perhubungan
* Mewujudkan urusniaga jangka pendek dan membina perhubungan dengan pelanggan.


Falsafah Pegurusan Pemasaran

1) Pendekatan pengeluaran
* Mempunyai kecenderungan untuk memilih keluaran-keluaran yang tersedia dan berharga murah.


2) Pendekatan produk
* Pengguna lebih gemar kepada keluaran-keluaran yang berkualiti tinggi, mempunyai banyak ciri rupa dan berprestasi tinggi.

3) Pendekatan jualan
* Pengguna tidak akan membeli jumlah keluaran yang mencukupi jika organisasi tidak menyalurkan usaha untuk menjual dan mempromosikan.

4) Pendekatan pemasaran (moden)
* Pencapaian matlamat sesebuah organisasi bergantung kepada penentuan keperluan dan kehendak pasaran sasaran dan penyampaian kepuasan tersebut dengan lebih cekap dan berkesan daripada saingan.

5) Pendekatan pemasaran kemasyarakatan

* Konsep ini memerlukan pemasar untuk mengambil berat tentang hal-ehwal dan kebajikan pengguna dan masyarakat.

No comments:

Post a Comment