WELCOME TO MY BLOG RELAX AND LEARN

Wednesday, September 30, 2015

^_^ ALBUM ^_^




  


 






PERBANKAN







Etika bank

Definisi etika
a) Etika bermaksud perinsip2 dan peraturan moral yang dapat diterima umum sebagai cara untuk mengawal seseorg individu supaya berkelakuan baik. Faktor2 yang mempengaruhi etika seseorang individu ialah pengaruh keluarga,pengaruh rakan sebaya,pengalaman seseorang,nilai moral diri seseorang individu dan faktor2 situasi.

Objektif etika
a) Menjaga kerahsiaan maklumat kewangan bank dan pelanggan dalam dunia perbankan.
b)mmberi maklumat yg tpat sekiranya diminta oleh pihak tertentu.

c)Memastikan tidak berlaku penyalahgunaan kuasa atau harta atau kemudahan institusi kewangan untuk kepentingan peribadi.



Monday, September 28, 2015

ANIMASI





Pengenalan kepada garisan :

> Lukisan merupakan proses awal sebelum sesuatu hasil seni yang lebih rumit. Contoh hasil lebih rumit : animasi, komik, catan, reka bentuk dan lain-lain.
> Biasanya lukisan dimulakan dengan lakaran. Lakaran itu merupakan lukisan ringkas yang terdiri daripada garisan, lorekan, dan titik-titik dan jenis-jenis garisan lain. Lakaran adalah proses awal untuk mendapatkan gambaran dan posisi yang sesuai sebelum lukisan yang lebih cantik, kemas dan tersusun dapat dihasilkan.

Contoh-contoh garisan
  • Garisan terputus
  • Garisan bertitik
  • Garisan berduri
  • Garisan bergerigi
  • Garisan berpenjuru
  • Garisan berulang
  • Garisan menegak
  • Garisan beralun
  • Garisan berpancar
  • Garisan bersudut
  • Garisan berlingkar
  • Garisan zig-zag

Fungsi Garisan
  • Garisan menimbulkan rupa
  • Garisan menimbulkan bentuk
  • Garisan menimbulkan ilusi cahaya dan baying
  • Garisan mewujudkan ruang
  • Garisan menghasilkan jalinan
  • Garisan menghasilkan motif pada reka corak
  • Garisan mewujudkan ton
  • Garisan menghasilkan pelbagai asas corak garisan grid

Peralatan melukis :

1. Medium dominan ialah medium kering seperti pensel dan arang untuk mendapatkan kesan rupa dan bentuk ilusi pada sesuatu permukaan.
2. Penggunaan medium basah seperti warna air juga boleh digunakan tetapi penggunaannya adalah secara terhad dan minimum.
3. Lukisan juga boleh dihasilkan melalui campuran medium kering dan medium basah. Contohnya, warna pensel dan warna air.


a) Pensel/Pen Teknikal
  • Pensel digunakan untuk membuat lakaran kasar atau sketsa.
  • Pensel juga digunakan untuk melukis hitam putih.
  • Gred-gred pensel :-
                HB=untuk membuat lakaran kasar dan ton cerah semasa membuat lakaran
                2B=untuk ton sederhana
                4B=untuk ton gelap
                6B=untuk baying ton gelap


b) Pemadam

> Pemadam getah yang baik untuk memadam lukisan yang tersilap dilukis untuk membuat ton cerah ataupun membuat kesan putih dalam lukisan pensel.
Contohnya :-
          A. Click eraser
          B. Electric eraser
          C. Another click eraser
          D. Kneadable eraser-new pack and glob
          E. BluTack-both strip and glop

c) Set Geometri

> Untuk lukisan poster atau membuat gubahan bercorak grafik

d) Kertas

> Jenis-jenis kertas :-
     1. Kertas Katrij (Cartridge Paper)
  • Sebagai kertas persembahan
  • Untuk lakaran 
     2. Butter Paper
  • Sesuai untuk lakaran awal/cadangan     
     3. Kertas Warna Air (Water Colour Paper)
  • Sesuai untuk persembahan akhir
     4. Kertas Surih (Tracing Paper)  
  • Sesuai untuk lukisan kerja
     5. Illustration Board
  • Sesuai untuk persembahan akhir

e) Pen dakwat, pen mata bola, berus, pastel, krayon lilin dan lain-lain

TEKNIK MELUKIS

Hatching
  •  melukis guna garisan selari
Cross Hatching
  •  siri garisan yang selari
  • siri lain pada arah berlainan/berbagai arah
Blending
  • akan menghasilkan lukisan yang mempunyai perubahan tona & warna yang lembut, bukan sapuan yang jelas kelihatan. -satukan warna guna jari/kertas gulung
Sgraffitto
  • teknik mengikis satu warna menggunakan objek keras seperti pallete knife untuk mendedahkan warna di bawahnya. Teknik ini sangat sesuai dengan penggunaan oil pastel yang mana sesuatu lukisan akan dilukis dengan warna bertindan-tindan & berkeadaan lembab untuk dikikis dengan objek tajam.
Burnishing
  •  lanjutan daripada kaedah Blending. Tanda pensel/pastel ditekan ke dalam kertas & menghasilkan kesan yang pantul/berkilat. Selalunya digunakan pada peringkat akhir. Pemadam juga boleh diguna.
Frottage
  • teknik ini juga dikenali sebagai teknik gosokkan.
  • kertas diletakkan di atas permukaan yang berjalinan sentuh yang rata dan digosokkan dengan pensel untuk mendapatkan jalinan objek tersebut.
Blot Drawing
  • menggunakan tompokan dakwat yang terjadi secara spontan, kemudian tompokan itu diolah menjadi sesuatu lukisan dengan tambahan unsur garisan/gubahan
Scraperboard
  • papan putih yang disapu dengan dakwat hitam yang membolehkan papan itu dilukis dengan alatan tajam.


Friday, September 11, 2015

SENI KULINARI

 
 
 
   
 
Video 106 Cara memotong bawang putih  
 
 
 
How to Pronounce Pâtissier
 
 
 
How to Pronounce Entremetier
 
 
The Culinary Art of Garde Manger
 
 
 
 

Monday, September 7, 2015

BAKERY AND PASTRY




Roti


Sandwich
Sandwich adalah makanan yang dibuat daripada pelbagai jenis roti yang dihiris (merupakan belahan Nipis) daN isi dengan pelbagai ini. Pada umumnya sandwich disajikan sebagai hidangan selingan (snack) untuk orang-orang yang tidak mempunyai waktu makan yang cukup seperti orang berkerjaya, melancong (semasa perjalanan) dan sebagainya. Inti sandwich boleh terdiri daripada kepingan daging, telur, ayam dan keju dan diletakkan bersama dengan jeruk, tomato, salad, timun atau mayonis.
 RESEPI KEK BATIK

* Sediakan Loyang yg dialas plastik bersih(tujuannya supaya kek tidak melekat dan senang diangkat dr loyang tanpa mencacatkannya)
* Cairkan butter dalam kuali atas api yang kecil sekali...
* Setelah cair masukkan susu,milo sedikit demi sedikit gaul sehingga milonya hancur
* Seterusnya masukkan serbuk koko.... gaul tanpa henti sehingga halus dan xberketul lg....
* Setelah pekat,boleh lah mula menyusun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan l
* Susun lagi biskut marie dan lapiskan dengan adunan coklat.
*Ulangi langkah 4 dan 5 sehingga adunan habis
* Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.... potong dan siap untuk dihidangkan...


CARA MEMBUAT PUDING ROTI

 

PEMASARAN



DEFINISI PEMASARAN


> Pemasaran merupakan satu proses sosial dan pengurusan di mana individu atau kumpulan memenuhi keperluan dan kehendak mereka melalui penghasilan dan penukaran produk atau nilai di kalangan mereka.

Sistem pemasaran
Sistem Pemasaran mengandungi empat peringkat aktiviti. Setiap peringkat aktiviti mempengaruhi peringkat yang lain. Setiap peringkat aktiviti juga menambah nilai kepada sistem pemasaran.
1) Pembekal
  • Peringkat ini membolehkan input digunakan untuk pengeluaran barangan dan perkhidmatan.
2) Syarikat dan pesaing-pesaing
  • Setiap syarikat menambah nilai kepada bekalan input untuk membentuk produk(barangan,perkhidmatan atau kedua-duanya) untuk ditawarkan kepada pelbagai pasaran.
3) Perantaraan pemasaran(orang tengah)
  • Pada peringkat ini,syarikat dapat memastikan produk/output mereka boleh sampai kepada pengguna dengan lebih berkesan berbanding jika dilakukan oleh pengeluar sendiri. Orang tengah mengedarkan barangan dengan lebih berkesan walaupun ke kawasan pedalaman.
4) Pasaran consumer
  • Pada peringkat ini, output syarikat (produk) akan dibeli oleh pengguna. Pengguna merupakan focus utama dalam pemasaran.

Elemen-elemen pada pemasaran


1) Keperluan

* Asas kepada kehidupan manusia dan meliputi keperluan fizikal.
2) Kehendak

* Keperluan manusia yang dibentuk oleh budaya sekeliling serta personaliti individu.
3) Permintaan
*Berkehendakan kepada pelbagai jenis produk yang ditawarkan di pasaran.



4) Produk

*Apa sahaja yang ditawarkan kepada pengguna untuk perhatian, milikan atau kegunaan yang akan memenuhi sesuatu keperluan atau kehendak.

5) Nilai, kepuasan & kualiti

* Konsep nilai – persepsi seseorang pengguna terhadap sesuatu produk atau servis yang ditawarkan.
* Kepuasan pelanggan – keupayaan sesuatu produk untuk mencapai jangkaan yang diharapkan oleh pengguna terhadap sesuatu produk atau servis.
* Konsep kualiti – kualiti mempunyai kesan langsung ke atas prestasi produk akan seterusnya ke atas kepuasan pelanggan.

6) Pertukaran
* Pertukaran nilai antara dua belah pihak.

7) Urusniaga

* Tindakan dalam mendapatkan sesuatu yang dikehendaki dari satu pihak dengan menawarkan sesuatu yang lain sebagai balasan.

8) Perhubungan
* Mewujudkan urusniaga jangka pendek dan membina perhubungan dengan pelanggan.


Falsafah Pegurusan Pemasaran

1) Pendekatan pengeluaran
* Mempunyai kecenderungan untuk memilih keluaran-keluaran yang tersedia dan berharga murah.


2) Pendekatan produk
* Pengguna lebih gemar kepada keluaran-keluaran yang berkualiti tinggi, mempunyai banyak ciri rupa dan berprestasi tinggi.

3) Pendekatan jualan
* Pengguna tidak akan membeli jumlah keluaran yang mencukupi jika organisasi tidak menyalurkan usaha untuk menjual dan mempromosikan.

4) Pendekatan pemasaran (moden)
* Pencapaian matlamat sesebuah organisasi bergantung kepada penentuan keperluan dan kehendak pasaran sasaran dan penyampaian kepuasan tersebut dengan lebih cekap dan berkesan daripada saingan.

5) Pendekatan pemasaran kemasyarakatan

* Konsep ini memerlukan pemasar untuk mengambil berat tentang hal-ehwal dan kebajikan pengguna dan masyarakat.